Artikel

Penurunan Penarafan Kredit Negara, Tidak Menghalang Sasaran Pertumbuhan KDNK Malaysia Sekitar 6.5%

Sebelum ini, agensi penarafan Fitch telah melakukan perubahan kepada penarafan kredit Malaysia, dari A- kepada BBB+.

Meskipun negara mengalami penurunan penarafan kredit namun perkara tidak mengekang usaha Malaysia meningkatkan semula pertumbuhan ekonomi negara.

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul memberi jaminan bahawa langkah Belajawan 2021 dijangka mampu menyumbang kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sekitar 6.5% hingga 7% pada tahun hadapan, 2021.

Bahkan, penarafan tersebut tidak merangkumi faktor keseluruhan berkaitan kejayaan Pakej Rangsangan yang telah membantu pelbagai operasi negara. Perkara itu dapat diperlihatkan bagaimana usaha sektor ekonomi telah berjaya mengurangkan kadar pengangguran 5.3% pada Mei lalu, kini menjadi 4.7% setakat Oktober ini.

Apa yang lebih menarik, pasaran pelaburan negara pada tahun hadapan bakal menyaksikan pembangunan yang lebih jitu, penawaran peluang pekerjaan yang lebih tinggi dengan kemasukan 8 pengurus dana modal teroka pada industri startup negara.