Segala cadangan pemulihan dan penstrukturan semula operasi Malaysia Aviation Group Bhd (MAGB) dan Malaysia Airlines Bhd (MAB) adalah tertakluk dibawah pertimbangan Khazanah Nasional selaku pemegang saham tunggal syarikat.
Menerusi penjelasan itu, kerajaan tidak memiliki kuasa pada kedua-dua entiti tersebut.
Peruntukan sekitar RM50 bilion dengan jaminan 80% pada Skim Jaminan Danajamin telah ditawarkan kerajaan sebagai pembiayaan modal syarikat. Namun, kemudahan jaminan tersebut disediakan untuk semua syarikat yang beroperasi di Malaysia – dalam semua sektor, termasuklah bahagian penerbangan. Akan tetapi perlulah memenuhi kriteria yang digariskan.
Seperti yang umum ketahui, MAGB dan MAB kini memiliki tahap hutang yang tinggi dan melalui perancangan penstrukturan semula.
Menurut Tengku Zafrul, Menteri Kewangan meskipun pihaknya tidak akan terlibat – rundingan lebih lanjut kerajaan akan dilakukan bersama pihak Khazanah untuk mengetahui hala tuju dan strategi kewangan terbaik untuk MAB. Usaha ini bagi memastikan kebajikan para pekerja bersama pihak terlibat dapat terus dijamin.