Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul, Kerajaan masih belum membuat sebarang keputusan sama ada untuk memperkenalkan GST kembali atau tidak.
Buat masa ini, kerajaan lebih memfokuskan dalam usaha untuk mengatasi pandemik penularan wabak Covid-19, dan memastikan orang ramai dan perniagaan dilindungi. Fokus juga turut diberikan dalam pemulihan ekonomi.
Apa pun, menurut beliau, kerajaan sedang menjalankan kajian serta mendapatkan maklum balas daripada pelbagai pihak berkenaan dengan kesesuaian untuk melaksanakan sebarang bentuk cukai kepenggunaan dengan mengambil kira pelbagai aspek – termasuk kelemahan SST pada hari ini, serta kelemahan GST sebelum ini.