Untuk makluman, sebelum ini Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telahpun menawarkan pendaftaran secara percuma kepada belia dan pelajar sepenuh masa di pusat pengajian awam, swasta pada Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan (S1P1P). Tawaran itu telah dilaksanakan sejak 2017 lagi.
Kini bagi merancakkan semula sektor perdagangan domestik, kerajaan mengambil inisiatif akan menawarkan pendaftaran perniagaan secara percuma kepada warga belia dan ibu tunggal B40.
Usaha ini dilihat dapat memberi galakan dan menarik minat penyertaan peniaga baharu pada bahagian perniagaan negara. Secara langsung dapat memberi impak yang baik pada pertumbuhan domestik negara.
Malah, Datuk Alexander Nanta Linggi pada sidang Dewan Rakyat hari ini mengatakan ia adalah peluang yang baik buat kumpulan bersasar yang terlibat. Susulan itu, SSM akan merangka alternatif yang bersesuaian bagi membolehkan tawaran pendaftaran tersebut dapat dimanfaatkan dengan baik.