Artikel

Jumlah Penumpang Penerbangan Berkurangan Sehingga 75.6% Pada Tahun 2020 Ini Di Malaysia

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia kini telah mengeluarkan data, menjangkakan jumlah tempat duduk perkhidmatan penerbangan peumpang berkurangan antara 72.8% ke 75.6% pada tahun 2020 ini.

Ini sekaligus menyaksikan jumlah penumpang pada tahun 2020 ini disasarkan sekitar 26.6 juta hingga 29.7 juta orang penumpang, berbanding pada 2019 yang menyaksikan sekitar 109.2 juta orang penumpang.

Seperti ramai sedia maklum, disebabkan oleh penularan wabak Covid-19, ia telah memberikan impak besar untuk perkhidmatan penerbangan penumpang ini. Ia ditambah lagi dengan pelbagai negara yang tidak membuka sempadan, dan beberapa kekangan lain.

Ia dijangka syarikat penerbangan memerlukan tempoh tiga tahun untuk pulih sepenuhnya daripada impak wabak ini.