Artikel

Prestasi Industri Jualan Langsung Negara Catat RM17.8 Bilion

Sehingga September 2020, industri jualan langsung di Malaysia mencatatkan nilai jualan sebanyak RM17.8 bilion.

Nilai tersebut telah meletakkan Malaysia pada kedudukan ketujuh (global) dan keempat (Asia Pasifik) bagi rekod nilai jualan dalam Laporan Jualan Peruncitan Jualan Langsung Global 2019 – Persekutuan Persatuan Jualan Langsung Dunia.

Meskipun berdepan dengan cabaran ekonomi semasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) kekal optimis bahawa industri jualan bakal mencapai sasaran akhir tahun RM20 bilion.

Keyakinan tersebut secara terus dapat membawa kepada sumbangan pertumbuhan ekonomi domestik.