Artikel

12 Juta Barangan Terjual Pada Minit Awal Kempen 12.12 – Shopee

Shopee kini melengkapkan edisi jualan akhir tahun 12.12 mereka dengan menyaksikan sekitar 12 juta pesanan di terima bagi 24 minit masa pertama jualan dilangsungkan.

Apa yang menarik pada pasaran Malaysia – trend pembelian telah meningkat dengan jumlah pesanan barangan yang dilakukan oleh seseorang individu pada 12 Disember lalu. Mampu mencecah sehingga 180 pesanan barangan.

Ini terbukti, bagi kawasan pembelian – pengguna di Selangor mencatatkan aktiviti jualan yang tertinggi. Lebih 875,000 barangan telah terjual pada jam pertama.

Pengarah Urusan Shopee, Ian Ho menyifatkan situasi pandemik telah mengubah aura kebiasaan jualan akhir tahun pada edisi kali ke 5 ini. Sudah pasti pengalaman turun naik pada tahun ini memberi suatu makna yang berbeza buat para pengguna dan pengurusan Shopee sendiri.

Menerusi hasil yang menakjubkan ini, Shopee beranggapan platform e-dagang adalah terbukti antara medium yang penting untuk kehidupan seharian pengguna. Ia bukan sekadar memberi faedah kepada Shopee, bahkan turut merangkumi rakan niaga dan pengguna Shopee. Platform ini secara terus bantu Shopee penuhi keperluan para pengguna.