Artikel

Pengurangan Kenaikan Gaji, Bonus Dijangka Akan Berterusan Pada 2021 – MEF

Rentetan situasi semasa, pengurangan kenaikan gaji dan bonus bagi tahun 2021 dijangka akan berterusan.

Tinjauan Persatuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) memaparkan penurunan tersebut telah berlaku pada tahun ini. Di mana, Tinjauan Gaji bagi Eksekutif dan Bukan Eksekutif mengatakan hanya 58.4% syarikat responden yang kekal memberikan kenaikan gaji kepada eksekutif berbanding 88.3% pada tahun 2019.

Sementara itu, hanya 61.7% syarikat memberikan kenaikan gaji kepada bukan eksekutif bagi tahun ini berbanding 87.6% tahun 2019.

Untuk makluman edisi tinjauan kali ini merangkumi 179 jawatan 20,733 eksekutif dan 138 jawatan pula adalah 64,625 bukan eksekutif.

Penurunan ini didorong atas faktor COVID-19 dan kedudukan ekonomi yang tidak stabil. Menurut Presiden MEF – Dato’ Dr Syed Hussain ramalan purata kenaikan gaji itu dijangka akan lebih rendah bagi 2021 dengan 4.59% (eksekutif) dan 4.57% (bukan eksekutif).

Berikutan penurunan kadar kenaikan gaji dan bonus ini – ia turut mempegaruhi pengambilan pekerja baharu bagi tahun 2021.

Setakat ini, sekitar 31.8% syarikat responden masih mengekalkan tindakan mengambil pekerja baharu, manakala 36% masih tidak mengemukakan sebarang keputusan. Sementara itu 20% syarikat responden lagi memilih untuk membekukan pengambilan pekerja baharu bagi 2021.