Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menetapkan bermula hari ini (14 Disember) – tempoh kuarantin wajib COVID-19 telah dikurangkan kepada 10 hari sahaja.
Sebelum ini, semua pihak perlu menjalani kuarantin selama 14 hari sekiranya melakukan perjalanan ke luar kawasan atau tiba dari luar negara.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham – pengurangan tempoh kuarantin ini selaras dengan tindakan yang dilakukan oleh negara yang lain, ia berpandukan kepada saranan klinikal terkini.
Bukan hanya Malaysia, beberapa negara lain turut meneliti semula tempoh kuarantin wajib tersebut, antaranya Belgium, Jerman dan United Kingdom (UK).