Artikel

Kemasukan 8 Pengurus Dana VC Pada Startup Malaysia – Merancakkan Pelaburan Negara

Penjana Kapital kini mengumumkan penglibatan 8 pengurus dana modal teroka (venture capital -VC) pada pelaburan startup negara.

Penglibatan tersebut terdiri daripada Amerika Syarikat, China, Korea, Indonesia dan Singapura. Pemilihan modal teroka ini merangkumi aspek keserasian pelabur dengan pemain domestik negara.

Menurut Tengku Zafrul, Menteri Kewangan – antara syarat yang ditetapkan oleh negara terhadap pengurus dana VC terpilih ini adalah mencapai penanda aras prestasi kewangan serta rancangan pemindahan pengetahuan untuk kemajuan industri.

Menerusi penglibatan ini secara langsung dapat menyumbang kepada pertumbuhan startup negara. Malah ia juga memperlihatkan keyakinan para pelabur asing melalui penyertaan mereka pada pembangunan startup negara.

Untuk makluman, pada awalnya sasaran dana Penjana Kapital ini adalah RM1.2 bilion, bagaimanapun jumlah sasaran telah melangkaui dengan saiz dana sekitar RM1.57 bilion secara keseluruhannya.

Ini bermakna sebanyak 370 juta peningkatan peruntukan dicatatkan berbanding unjuran awal yang telah ditetapkan.