Artikel

Hampir 2 Juta Perniagaan Kecil Masih Tidak Berdaftar – MEDAC

Kini, sekitar 2 juta perniagaan kecil dianggarkan tidak berdaftar di seluruh negara.

Perkara ini secara tidak langsung menidakkan hak para peniaga dalam memperolehi bantuan sokongan kerajaan.

Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, para usahawan dan peniaga yang terlibat perlulah mendaftarkan operasi mereka dengan pihak berwajib segera.

Ini kerana, tindakan itu bukan sekadar membantu kelangsungan operasi namun turut dapat mengukuhkannya dengan sokongan tambahan. Malah para peniaga juga dinasihatkan untuk bersedia melalui proses penerapan perniagaan secara atas talian.