Pada hari ini, terdapat sejumlah mainan berpapan – dan ia adalah antara permainan yang sesuai untuk dimainkan secara berkeluarga. Antara yang popular adalah termasuk catur, dam, Sahiba, Saidina, dan semestinya yang popular adalah Monopoly.
Disebabkan oleh penularan wabak Covid-19, dan Perintah Kawalan Pergerakan, salah satu industri yang turut memperlihatkan peningkatan dari segi permintaan adalah arena permainan papan ini.
Melalui kajian yang dilakukan, Monopoly yang ditawarkan oleh Hasbro memegang pasaran hampir 30% – sekaligus memperlihatkan mereka benar-benar mengikut nama dan memonopoli pasaran permainan papan.
Monopoly sendiri sedia menawarkan sejumlah variasi permainan papan mereka, dan sering hadir dengan sejumlah tema khas bersama sejumlah jenama lain.
Selain Monopoly, pada tahun ini turut menyaksikan permainan dan permintaan untuk permainan catur meningkat – selari dengan penerbitan siri-TV memfokuskannya di Netflix, iaitu The Queen’s Gambit.