Berbeza dengan catatan September 2020, kadar pengangguran Malaysia kini mencatatkan peningkatan 0.1% kepada 4.7%.
Ini bermakna sekitar 748,200 penganggur dicatatkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.
Bagaimanapun terdapat kekeliruan berikutan bulan lalu sebanyak 0.2% peningkatan pengambilan tenaga kerja baharu telah dicatatkan. Berdasarkan DOSM – antara sektor yang mengalami penurunan tenaga kerja adalah pertanian, pembuatan dan perlombongan.
Malah turut dinyatakan – sekitar 183,600 individu yang tidak berkerja untuk semtara waktu pada data Oktober 2020 – angka ini lebih tinggi berbanding September 2020.
Menerusi peningkatan kadar pengangguran ini, sudah pasti permohonan tenaga kerja akan kembali meningkat pada bulan akhir, Disember 2020 ini. Jangkaan tersebut turut didorong berdasarkan penamatan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa buah negeri.