Artikel

Kekal Papar Prestasi Baik – Proton X50 Bakal Terokai Pasaran Antarabangsa

Tidak lama lagi, lima pelancaran Proton Holdings Bhd akan dilaksanakan pada pasaran luar Malaysia. Usaha ini sekaligus dapat mempertingkatkan bahagian eksport jualan unit kenderaan Proton.

Antara yang mengamit pandangan jualan adalah model baharu X50, dijangka dalam masa beberapa minggu sahaja lagi Proton X50 akan melaksanakan kemunculan pertamanya pada pasaran antarabangsa.

Usaha ini secara tidak langsung dapat membantu syarikat untuk membaikpulih semula unit eksport yang terjejas disebabkan penularan COVID-19.

Meskipun kekangan pandemik merumitkan pertumbuhan ekonomi namun jumlah eskport pada November mencatatkan peningkatan yang baik dengan 10.6%.

Terdapat beberapa negara yang terlibat akan kemasukan pasaran Proton ini adalah Kenya, Pakistan, Brunei, Banglasdesh, dan Mesir.

Bagaimanapun pihak Proton jelas mengatakan tumpuan syarikat masih lagi terhadap jualan pada pasaran tempatan. Perluasan pasaran ini penting dalam menempa nama jenama di pasaran global.