Artikel

60% Daripada 1.5 Juta Peluang Pekerjaan Baharu Memerlukan Kelayakan TVET

Sekitar 1.5 juta peluang pekerjaan akan diwujudkan – dijangka memerlukan 60% kelayakannya adalah dari bidang pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET).

Kenyataan itu dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali pada sidang secara maya sempena Hari Profesion Teknikal Negara 2020 hari ini.

Pada masa yang sama, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) ketika ini telah menerima sebanyak 1.145 juta permohonan di platform terbabit.

Antara jawatan yang dimohon adalah merangkumi bidang kejuruteraan, saintis, penyelidik dan pegawai pembangunan komuniti.