Artikel

Empat Kit Inovasi Sektor Pertanian, Agromakanan Dilancarkan – Mampu Tingkatkan Kualiti Pengeluaran

Terdapat empat produk inovasi pada sektor pertanian negara mulai diperkenalkan di bawah Institut Penyelidikan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

Empat produk teknologi tersebut dikenali sebagai Antibiotic Sensor Kit, Malachite Green Sensor Kit, Algae Bloom Biotoxin Sensor Kit dan Food Pathogen Test Kit – berfungsi mengesan sisa antibiotik, bahan kimia, biotoksin dan bakteria pada hasil pertanian.

Pengenalan produk inovasi yang melalui kajian selama 5 tahun ini sekaligus dapat meningkatkan kualiti pengeluaran sektor pertanian dan secara terus dapat menaiktaraf tahap keselamatan bahagaian pemakanan.

Ia bukan sekadar memberi manfaat kepada ekonomi, rakyat negara bahkan dapat menguragkan risiko kesihatan berhubung pemakanan.