JASA ataupun kini lebih dikenali sebagai J-Kom iaitu Jabatan Komunikasi Komuniti telah diturunkan peruntukkannya dari RM85.5 juta kepada RM40.5 juta.
Akhirnya penurunan peruntukan tersebut telah dilakukan setelah pada 26 November lalu – Tengku Zafrul Menteri Kewangan negara memberi jaminan bahawa peruntukan jabatan tersebutkan akan dikurangkan.
Bagaimanapun berdasarkan pengurangan tersebut – dana RM40.5 juta itu dilihat masih lagi tinggi berbanding agihan peruntukan pada bahagian lain.
Antara peruntukan bahagian yang menerima agihan lebih rendah berbanding JASA adalah seperti bahagian kesihatan mental yang hanya menerima RM24 juta sahaja, sedangkan impaknya dilihat lebih besar untuk masyarakat negara.