Artikel

Earth Hero, Didik Kanak-Kanak Tentang Pengurusan Kewangan Dan Alam Sekitar – Hong Leong Bank

Peka akan penggunaan kanak-kanak pada pembelajaran atas talian ketika ini, Hong Leong Bank (HLB) mula mengetengahkan pendedahan berhubung kewangan kepada generasi muda.

Platform tersebut dikenali sebagai Earth Hero – iaitu sebuah platform yang mengfokuskan kepada didikan dan kelestarian alam sekitar berhubung pengetahuan kewangan kepada kanak-kanak.

Melalui platform ini – terdapat tugasan yang perlu dilakukan oleh kanak-kanak dikaitkan dengan misi penghutanan semula yang menyasarkan penanaman 2,500 batang pokok di Borneo dengan kerjasama perusahaan sosial APE Malaysia.

Inistiatif ini adalah untuk mendidik kanak-kanak bagaimana pilihan mereka boleh membawa impak kepada bumi.

Untuk makluman, bagi setiap 20 pokok maya yang ditanam, HLB akan menanam pokok sebenar dan kanak-kanak bakal menerima sijil dengan koordinat GPS pokok sebenar, seperti yang telah ditanam. Menarik bukan?

Apa yang lebih menarik, pengumuman ini secara tidak langsung menjadikan HLB sebagai bank pertama di Asia Tenggara yang mengfokuskan kepada pendidikan kewangan untuk kanak-kanak.

Usaha ini dilihat bukan sekadar memanfaatkan pengetahuan kanak-kanak namun turut memberi kesan yang baik kepada ibu bapa dan persekitaran planet.