Artikel

Elon Musk : Terlalu Ramai “MBA” Memfokuskan Kepada Angka, Dan Bukannya Pada Produk Atau Inovasi

Elon Musk merupakan salah seorang pengasas yang popular dengan produk kereta elektrik Tesla, selain eksplorasi angkasa, SpaceX. Beliau juga kini adalah manusia kedua terkaya di dunia, dibelakang Jeff Bezos.

Terbaru, beliau mengatakan, kini terdapat terlalu ramai lepasan MBA yang menjalankan syarikat di Amerika. Elon Musk mengatakan perkara ini tidak begitu baik untuk inovasi sesuatu produk.

Ramai CEO syarikat korporat yang dilihat lebih menghabiskan masa bermesyuarat dan melihat kepada angka-angka, dan tidak memfokuskan kepada misi utama dalam pembangunan produk dan perkhidmatan yang baik.

Elon Musk mengatakan lebih masa dan fokus perlu diberikan terhadap produk dan perkhidmatan, dan bukannya untuk mesyuarat pengarah, kewangan dan sebagainya.

Elon Musk sendiri mengatakan salah satu kesilapan beliau adalah dimana di Tesla dan SpaceX, beliau menghabiskan masa terlalu lama untuk mesyuarat dan pembentangan, dan bukannya di kilang atau bahagian pengeluaran.

Elon Musk berasa beliau lebih menggunakan masa dengan efisien apabila menghabiskan masa di kilang, menggunakan kereta, atau berfikir berkenaan roket.