Ternyata platform media sosial memberi impak yang tersendiri kepada sektor ekonomi negara – khususnya pada kaedah pengiklanan sesebuah produk secara atas talian.
Berdasarkan tinjauan Shopify pada Future of Commerce – sekitar 54% pengguna golongan muda mengenali sesebuah jenama atau membeli produk tersebut melalui paparan di media sosial.
Manakala, hanya 43% pengguna golongan berusia 35 tahun hingga 54 tahun mengetahui menerusi media sosial dan 25% pula adalah dari kalangan golongan berusia 55 tahun dan ke atas.
Ini menunjukkan platform media sosial antara medium yang begitu dekat dengan minat golongan muda -sudah pasti kaedah pemasaran ini dapat meningkatkan pertumbuhan sesebuah produk.
Pada tinjauan yang sama, sekitar 28% golongan muda mengakui disebabkan impak pengiklanan di media sosial telah mendorong pembelian secara atas talian.
Sementara itu, tidak hanya meningkatkan pengenalan jenama produk namun pemarapan di media sosial juga dapat mengetahui pilihan produk pengguna.
Melalui trend yang sama sekitar 62% golongan muda dilihat lebih memilih untuk membeli produk hijau dan berkonsepkan kelestarian.