Sidang media Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam kini telah membenarkan cadangan kerajaan negeri untuk kemasukan pelancong Brunei ke negeri Sabah.
Meskipun begitu, ketibaan pelancong Brunei dibenarkan, mereka perlu mematuhi garis panduan kesihatan yang telah ditetapkan.
Di mana, mereka perlu jalani ujian saringan COVID-19 berdasarkan prosedur operasi (SOP) bagi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Untuk makluman, Brunei tidak memiliki sebarang ancaman pandemik berikutan berjaya mengawal penularan tersebut sejak 215 hari lepas.
Kebenaran tersebut merangkumi perjalanan pintu masuk menerusi ruang udara dan darat. Malah tindakan ini berikutan Brunei turut tidak disenaraikan dalam 23 buah negara yang disekat dari memasuki Malaysia.