Artikel

Kita Mungkin Melihat Pelaksanaan GST Kembali Semula Di Malaysia

Pelaksanaan semula Cukai, Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dikaji oleh kerajaan ketika ini.

Makluman tersebut telah dinyatakan oleh Mohd Shahar Abdullah Timbalan Menteri Kewangan II berhubung penerangan kelemahan cukai jualan perkhidmatan (SST).

Kaedah GST kini sedang teliti bersama model cukai baharu yang lain.

Ini kerana pihak kewangan ingin memastikan impaknya ke atasĀ  pertumbuhan ekonomi tidak memberi kesan yang buruk kepada rakyat negara dan sudah pasti tidak mahu meningkatkan lagi kos perniagaan semasa.

Setakat ini, tiada sebarang cadangan dapat dilaksanakan, proses penelitian masih diteruskan. Proses ini membabitkan kesannya ke atas harga barangan, kenaikan kos sara hidup serta isu kegiatan ekonomi gelap.

Usaha ini bagi memastikan kedudukan fiskal negara dapat dipertingkatkan.