Legoland dan Zoo Negara antara entiti yang memohon operasi mereka dibuka ketika situasi pandemik ini.
Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagaimanapun masih mempertimbangkan permohonan tersebut. Meskipun penamatan pelaksanaan PKPB dan PKPD telah dilakukan dibeberapa buah negeri, namun aktiviti sosial masih tidak dibenarkan.
Tindakan ini bagi mengelak berlakunya penularan jangkitan COVID-19 secara terbuka. Ini kerana, jangkitan masih dapat berlaku sekiranya tiada pematuhan yang baik pada operasi perniagaan yang bersifat terbuka dalam aktiviti mereka khususnya aktiviti sosial.
MKN pada sidang media sebentar tadi telah mengulas lanjut bahawa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) perlu mewujudkan garis panduan tertentu untuk permohonan pembukaan perniagaan aktiviti sedemikian.
Melalui kaedah dan penelitian lanjut, pihak MKN akan mempertimbangkan pemohonan operasi perniagaan tersebut.