Artikel

Kadar Pengangguran Negara Dijangka Menurun Kepada 4.5% Bagi Disember 2020

Jangkaan tersebut telah dinyatakan oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Bagaimanapun, setakat ini kadar pengangguran negara sejak September lalu mencatatkan penurunan kepada 4.6%. Pada awal pandemik, negara telah mencatatkan kadar pengangguran tertinggi dengan 5.3% iaitu melebihi 800,000 individu penganggur.

Berdasarkan pemerhatian kementerian, kadar tersebut akan menurun kepada 4.5% pada Disember ini, dan akan terus menurun pada tahun hadapan, 2021.

Sehingga 27 November, Perkeso mencatatkan sekitar 120,296 individu telah memiliki pekerjaan daripada lebih 300,000 pemohon yang masih mencari pekerjaan.