Siapa sangka dengan hanya media sosial kini individu mampu menyumbang menjadi pelabur dalam sesebuah sektor ekonomi negara.
Itulah yang berlaku pada selebriti media sosial, Josh Richards yang berusia 18 tahun kini menjadi pelabur pada medium Venture Capital (modal teroka) di firma Remus Capital.
Untuk makluman, medium modal teroka adalah satu bentuk pembiayaan ekuiti swasta yang diberikan oleh firma VC atau dana kepada syarikat startup dan syarikat baru yang dianggap memiliki potensi untuk meningkakan pertumbuhan atau yang telah menunjukkan perolehan pertumbuhan yang tinggi.
Dengan memiliki lebih 22 juta pengikut pada laman media sosial – Richards telah mengambil keputusan untuk sertai Remus Capital iaitu fima pelaburan modal peringkat awal sebagai rakan kongsi pelaburan.
Malah penglibatan Richards pada medium modal teroka ini bukanlah suatu yang mengejutkan.
Ini kerana pengalamannya dalam penggunaan peranti pintar dan kepakaran dalam bidang media sosial mampu membantu syarikat teknologi untuk mengetahui trend dan minat pengguna dari semasa ke semasa.
Penglibatan Richards selaku pelabur pada medium pelaburan terbesar ini sekaligus mengubah stigma dunia ekonomi bahawa penggiat internet dan media sosial juga kini mampu menjadi pelabur terbesar dalam sektor syarikat teknologi.
Menerusi penglibatan Josh Richards ini sudah pasti ia dapat memberi galakan kepada selebriti media sosial yang lain untuk turut serta dalam pelaburan sektor ekonomi negara.