Artikel

Sejumlah 15 Denda Bernilai RM750,000 Dikenakan Ke Atas 5 Syarikat Telekomunikasi – SKMM

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kini telah mengeluarkan 15 kompaun berjumlah RM750,000 kepada lima buah syarikat telekomunikasi berikutan kesalahan pendaftaran kad SIM prabayar.

Pengeluaran kompaun ini selaras di bawah Seksyen 127 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998, di mana entiti boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara dua tahun sekiranya disabit keslaahan.

Berhubugn pengeluaran kompaun ini secara tidak langsung memperlihatkan kadarnya lebih tinggi berbanding tahun 2019 – dengan peningkatan 16% iaitu sebanyak 70 kompaun bernilai RM3.45 juta dicatatkan bagi tahun 2020.

antara syarikat tertinggi yang menerima jumlah kompaun adalah syarikat telekomunikasi Digi dengan jumlah RM250,000 dan setelah itu adalah Maxis dengan jumlah denda RM200,000.