Artikel

Setelah 70 Tahun, IKEA Tidak Lagi Menerbitkan Katalog Bercetak

Syarikat perabot terkemuka, IKEA kini mengumumkan akan menamatkan penerbitan katalognya.

Penerbitan sejak tahun 1950 itu pernah mencapai pencetakan sehingga 200 juta salinan dan memiliki versi 32 bahasa untuk pengedaran di seluruh dunia.

Usaha penamatan katalog tersebut adalah sebahagian langkah IKEA untuk memperkasakan penguasaan operasi mereka secara digital. Ini kerana tumpuan pembelian pengguna kini lebih terarah kepada platform atas talian.

Malah, jumlah salinan katalog bercetak juga dilihat semakin merundum dan para pengguna lebih memilih melayari pautan portal katalog berbanding katalog fizikal.

Menurut Pengurus IKEA, Konrad Guss – trend penggunaan katalog kini tidak lagi relevan, dan pihaknya perlu mengakui perkara tersebut.