Rakyat Malaysia kini diseru untuk melancong bagi mempertingkatkan pelancongan domestik negara.
Selaras dengan kebenaran Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada perjalannan rentas negeri dan daerah kepada rakyat negara kecuali kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) kini mengajak orang ramai untuk meningkatkan pertumbuhan pelancongan domestik negara.
Menurut Menteri MOTAC, Datuk Seri Nancy Shukri – kehadiran orang ramai pada sektor pelancongan akan membantu pelbagai perniagaan pemain industri yang berkaitan. Antaranya adalah perkhidmatan penginapan seperti hotel, perkhidmatan makanan dan perkhidmatan pengangkutan pemandu pelancongan.
Hasil pelancongan rakyat Malaysia bukan sahaja memartabatkan pelancongan domestik namun secara tidak langsung dapat meningkatkan aliran tunai pada pertumbuhan sektor negara.
Untuk makluman, sejumlah RM200 juta kini diperuntukan pada pelan pemulihan sektor pelancongan pada Belanjawan 2021. Antara agenda yang akan difokuskan kepada peruntukan tersebut adalah meningkatkan semula pelancongan domestik, industri kreatif dan industri kraftangan.