Artikel

eKasih Akan Dinaik Taraf, Sasar Perkemaskan Data Golongan Miskin Tegar – RM6.8 Juta Diperuntukkan

Sistem eKasih akan diselenggara bagi memperolehi ketepatan data berhubung kumpulan miskin dan miskin tegar.

Menurut Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin – sejumlah RM6.8 juta akan diperuntukkan bagi memenuhi penyelenggaraan sistem tersebut pada 2021.

Menerusi usaha ini fasa naik taraf tersebut dapat dilakukan seiring dengan kecanggihan pembangunan teknologi negara. Secara tidak langsung perolehan data kumpulan miskin bagi kawasan luar bandar akan menjadi lebih tepat.

Adanya proses penambahbaikan ini, secara terus dapat mempertingkatkan kaedah agihan dan rujukan bantuan kepada kumpulan yang memerlukan.