Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini mengatakan medium pengeluaran i-Sinar dipastikan tidak beri kesan kepada pasaran domestik negara.
Bagi memastikan pelaburan KWSP kekal terjamin, pelaburan pada domestik dan global akan terus dipertingkatkan dan dipelbagaikan, ini bagi mengelak sebarang kesan pada pasaran negara.
Jaminan itu diberikan berasaskan Alokasi Aset Strategik (SAA) – di mana kumpulan setakat ini dapat bertahan meskipun berdepan dengan isu penurunan pertumbuhan ekonomi.
Pelaksanaan i-Sinar perlu diutamakan bagi memenuhi keperluan aliran tunai rakyat negara. Bahkan, ini juga dapat membantu pertumbuhan ekonomi negara.