Seiring dengan pembangunan negara, rakyat Malaysia kini dilihat semakin gemar makan di luar. Budaya ini telah meningkat kepada 11.2% bagi tahun 2019.
Berdasarkan pemerhatian Jabatan Perangkaan Malaysia, corak perbelanjaan makan di luar rumah ini telah memaparkan peningkatan. Di mana rakyat Malaysia dilihat mampu berbelanja sehingga RM855 sebulan.
Antara faktor yang mendorong adalah dasar pekerjaan, yang memiliki masa terhad. Tidak hanya pekerjaan, faktor urbanisasi, perubahan gaya hidup juga antara mendorong kepada peningkatan budaya makan di luar ini.
Malah apa yang lebih menarik, ciri-ciri sosioekonomi seperti isi rumah yang diketuai golongan muda dan wanita berkerja juga didapati turut menjadi penyumbang kepada peningkatan perbelanjaan makan di luar.
Untuk makluman, terdapat 6 negeri yang memaparkan perbelanjaan makan di luar yang melebihi RM510 sebulan. Putrajaya mencatatkan (RM855), Kuala Lumpur (RM843), Selangor (RM725), Pulau Pinang (RM556), Johor (RM516) dan Melaka (RM512).
Secara keseluruhannya purata kadar perbelanjaan rakyat Malaysia pada 2019 ditakrifkan sekitar RM508. Melihat pada kadar tersebut – jelas menunjukkan pertumbuhan ekonomi perkhidmatan penyediaan makanan memaparkan aliran tunai yang baik dan semakin meningkat.