Artikel

Penerapan Digital Pada Operasi Syarikat Mampu Mengurangkan Kerugian Produktiviti – HealthMetrics

Berikutan terdapatnya kesedaran berhubung jurang dalam pengurusan penjagaan kesihatan pekerja dan syarikat korporat, maka Healtmetrics melihat ini suatu peranan yang baik digalas oleh pihak mereka. 

Menerusi platform HealthMetrics syarikat dan organisasi boleh menyelia dan merekod tuntutan pekerja, maklumat kesihatan mereka serta slip cuti sakit yang dikeluarkan oleh klinik secara digital. 

Inisiatif digital ini dilihat suatu langkah yang baik untuk mengurangkan penyalahgunaan kemudahan. Ini dikukuhkan pada tinjauan Malaysia sekitar lebih RM2.9 bilion kerugian dicatatkan berhubung kewangan dan produktiviti pada tahun 2015.

Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ia secara terus mempercepatkan penerapan dan keperluan syarikat korpat terhadap jaminan kesihatan pekerja secara mudah. 

Seiring dengan panduan pihak berkuasa – HealthMetrics kekal memastikan seluruh pengguna memperolehi rawatan dengan bayaran nirtunai (tanpa tunai) di pusat kesihatan. Operasi yang dijalankan kekal sepanjang 24 jam dan hanya kakitangan bersasar sahaja terlibat bagi memastikan produktiviti jenama kekal baik.

Selain perkhidmatan pengurusan, mereka turut terlibat dalam menyalurkan sebahagian sumbangan bagi membantu penjagaan kesihatan paliatif bersama Hospis Malaysia yang dilancarkan pada November tahun lalu.

Apa yang lebih menarik meskipun PKP dilaksanakan namun pihak mereka berupaya meneruskan operasi dan mengekalkan momentum produktiviti. 

Bahkan para pelanggan tidak perlu gusar dan masih boleh dapatkan rawatan seperti biasa bersama rakan kesihatan mereka. 

HealthMetrics mengharapkan penerapan digital ini dapat dilakukan secara menyeluruh agar faedah daripada proses digital ini dapat dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia.