Artikel

Airbnb Akan Tingkatkan Nilai IPO, Melebihi RM170 Bilion – Laporan

Airbnb kini dimaklumkan akan meningkatkan nilai tawaran awam permulaan (IPO) syarikatnya melebihi RM171 bilion (AS$42 bilion).

Menurut laporan Wall Street Journal, kumpulan itu dijangka akan meningkatkan harga tawaran dari RM179 hingga RM203 (AS$40 dan AS$50) kepada RM227 hingga RM244 per saham (AS$56 dan AS$60).

Peningkatan nilai IPO itu dikhabarkan akan dilakukan pada minggu ini dibawah simbol ‘ABNB’ pada platform bursa saham Nasdaq.

Bagaimanapun berdasarkan AFP, setakat ini Airbnb tidak memberi sebarang makluman lanjut berhubung tindakan tersebut.