Artikel

Prestasi Proton Terus Meningkat – Jualan Kenderaan Melonjak 18%

Proton kini mencatatkan peningkatan jualan kenderaan dengan 18% bagi November 2020.

Ini bermakna sekitar 11,411 unit kenderaan telah terjual berbanding bulan yang sama pada 2019.

Antara model kenderaan Proton yang menarik minat pembeli adalah Proton X50 – di mana ia telah dikalsifikasikan sebagai model kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen B antara terlaris di Malaysia.

Peningkatan jualan X50 sebanyak 1,756 unit dan X70 2,157 unit ini menjadikan Proton sebagai jenama SUV terlaris untuk keseluruhan.

Pihak Proton menjangkan jualan kenderaan akan terus meningkat dan pihaknya akan memastikan kualiti produk dapat dikekalkan bagi memenuhi kehendak para pengguna.