Artikel

Mulai Hari Ini, Permohonan Rayuan Geran Khas Prihatin 2.0 Dibuka Kepada PKS Mikro

Untuk makluman permohonan Geran Khas Prihatin 2.0 telahpun dibuka sejak 26 Okotber sehingga 31 Oktober bagi pemberian RM3,000.

Bagaimanapun, kepada mereka yang gagal memperolehi kelulusan geran tersebut. Kini boleh mula memohon pada hari ini untuk rayuan GKP 2.0.

Untuk makluman, bantuan secara one-off ini adalah khusus kepada bahagian ekonomi negara – merangkumi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Mikro.

Sehubungan itu, PKS Mikro yang berkelayakan disarankan untuk mengisi borang rayuan permohonan dengan segera dan tidak menunggu sehingga tarikh akhir 21 Disember ini.

Bagi yang terlibat boleh membuat permohonan baru pada pautan Geran Khas Prihatin 2.0 LHDN – https://gkp.hasil.gov.my/ ini dengan memasukkan angka pengenalan diri (IC).