Artikel

WeTV Malaysia, Media Prima Berkerjasama – Sasar Tingkatkan Paparan Hiburan Tempatan

WeTV Malaysia dan Primeworks Studios – Media Prima kini berkerjasama dalam pemaparan kandungan hiburan terpilih kepada para penonton melalui penstriman.

Pengumuman ini telah dilakukan sejak 26 November lalu, di mana perkongsian pemaparan kandungan hiburan akan memberi tumpuan kepada bahasa Melayu, dan akan dipertingkatkan secara berperingkat.

Setakat ini kolaborasi kedua pihak menyaksikan pemaparan kandungan secara penstriman bagi November dan Disember 2020. Kerjasama ini secara tidak langsung dapat mempromosikan industri kreatif tempatan dan meningkatkan kehadiran penonton pada platform WeTV dan Media Prima.

Tindakan ini secara langsung memaparkan usaha kedua pihak dalam membawa pemaparan kandungan hiburan secara digital dengan lebih meluas.

Antara kolaborasi pemaparan kandungan hiburan adalah drama seperti Sang Pewaris dan Bidadari Salju, para pengguna boleh layari dan menonton secara eksklusif pada pautan WeTV atau memuat turun aplikasi tersedia di Apple Store dan Google Play.