Semalam, berikutan pengumuman yang dilakukan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung penamatan fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dan Diperketatkan dibeberapa kawasan tertentu – maka ramai pihak mempersoalkan isu arahan bekerja dari rumah.
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) hari ini menerusi ciapan Twitter menjelaskan arahan tersebut kekal terpakai pada para pekerja di kawasan PKPB dan PKPD. Bagaimanapun ia tertakluk kepada pekerja yang telah melakukan konsep bekerja dari rumah.
Merujuk kepada pengumuman MKN semalam, berikut adalah rumusan arahan Bekerja Dari Rumah, untuk makluman semua.
—
Following the announcement by MKN yesterday, these are the summaries on Work From Home instruction for your information. pic.twitter.com/w66dNa2GBl— MITI Malaysia (@MITIMalaysia) December 6, 2020
Untuk makluman antara pekerja yang masih perlu bekerja dari rumah adalah di kawasan Selangor sehingga 20 Disember 2020, kecuali di 3 daerah, iaitu di Sabak Bernam, Hulu Selangor, dan Kuala Selangor.
Malah Kuala Lumpur, PKPB juga turut dilanjutkan disebabkan angka kes yang tinggi. Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat akan dilanjutkan sehingga 20 Disember kelak.