Kerajaan hari ini mengumumkan beberapa perubahan pada SOP ketika PKPB dan PKPP. Salah satunya adalah perubahan pada pelaksanaan halangan untuk rentas negeri atau daerah.
Bermula 7 Disember 2020 ini, tiada lagi sekatan jalan raya yang akan diadakan oleh pihak polis di kawasan PKPB dan PKPP. Selari dengannya, orang ramai boleh bergerak merentas negeri atau daerah bermula 7 Disember 2020 ini – kecuali di kawasan PKPD. Ini sekaligus membolehkan orang ramai untuk bergerak tanpa keperluan untuk mempunyai surat kebenaran Polis.
Selain daripada itu, tiada lagi had pada kenderaan. Orang ramai boleh bergerak mengikut kapasiti kenderaan berkenaan bermula 7 Disember 2020 ini.