Artikel

PKPB Di Selangor Dan KL Dilanjutkan Sehingga 20 Disember 2020 – Putrajaya Ke PKPP

MKN hari ini telah mengumumkan kemaskini berkaitan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di negeri-negeri Malaysia.

Menyentuh mengenainya, MKN mengumumkan PKPB akan dilanjutkan di seluruh Selangor sehingga 20 Disember 2020, kecuali di 3 daerah, iaitu di Sabak Bernam, Hulu Selangor, dan Kuala Selangor.

Di Kuala Lumpur, PKPB juga turut dilanjutkan disebabkan angka kes yang tinggi. Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat akan dilanjutkan sehingga 20 Disember kelak.

Apa pun, di Putrajaya, disebabkan pengurangan kes, PKPB akan ditamatkan, dan akan beralih ke PKPP.