Seperti yang umum ketahui seharusnya pada 6 Disember ini pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditamatkan namun terdapat beberapa negeri terpaksa dilanjutkan.
Keputusan ini diambil secara bersama melalui penilaian risiko pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ini kerana sekiranya pelaksanaan PKPB diteruskan kerugian Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) RM300 juta sehari dijangka akan terus berlaku.
Pada sidang media Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebentar tadi, Dato’ Seri Ismail Sabri Menteri Kanan (Keselamatan) telah mengatakan keadaan dan impak semasa telah menjadi pendorong kepada lanjutan dan penamatan fasa PKPB.
Antara negeri yang tidak lagi berada di fasa PKPB adalah Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Putrajaya, Labuan, Negeri Sembilan – bagaimanapun masih terdapat kawasan daerah, mukim negeri yang tertakluk dibawah pelaksanaan PKPB, namun secara menyeluruh PKPB telah ditamatkan.
Sementara itu, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masih lagi kekal dilanjutkan PKPB bermula 7 Disember hingga 20 Disember 2020 – ini kerana kadar keberjangkitan COVID-19 masih lagi tinggi.
Oleh itu, dengan penamatan PKPB dibeberapa buah negeri maka operasi perniagaan dan tanggungan kos kerugian dapat diturunkan. Usaha ini secara tidak langsung dapat membantu pertumbuhan dan pelancongan domestik negara.
Garis panduan sebarang pembukaan operasi perniagaan ini akan diperincikan dalam masa terdekat bersama Kementerian Pelancongan.