Berdasarkan penetapan harga runcit minyak petrol negara minggu hadapan, ia memaparkan peningkatan.
Melalui penggunaan formula Automatic Pricing Mechanism, ini adalah rangkuman harga runcit petroleum bagi tempoh 5 Disember 2020 hingga 11 Disember 2020.
RON95 dan RON97 naik 3 sen dengan catatan masing-masing RM1.70 sen seliter, RM2.00 sen seliter.
Diesel juga pula naik sebanyak 5 sen dengan harga RM1.90sen seliter.
Kerajaan kini akan terus memantau sebarang kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi menjamin kesejahteraan rakyat negara.