Sehingga 20 November, pemain sektor pertanian kini menerima penyaluran dana berjumlah RM49 juta bagi merangsang semula pertumbuhan industri.
Seramai 5,243 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Mikro menerima manfaat tersebut dibawah Skim Pembiayaan Mikrokredit Agrobank.
Menurut Tengku Zafrul, Menteri Kewangan dana tersebut dapat meningkatkan pasaran bersama kualiti petani, peladang dan nelayan.
Selain itu, sektor komoditi pula menerima pengeculian duti eskport berjumlah RM325.2 juta – ini memberi manfaat kepada industri negara khusus memudahkan pekebun kecil untuk memasarkan hasil mereka.