Artikel

Bantuan Bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat Akan Naik Kepada RM1,000 – PM Muhyiddin

Jaminan kenaikan kadar bantuan bulanan kepada RM1,000 Jabatan Kebajikan Masyarakat kini akan segera dilaksanakan.

Bersempena Hari OKU Sedunia, itu adalah jaminan yang diberikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada golongan masyarakat yang terlibat.

Usaha itu adalah sebagai langkah yang baik kerajaan untuk membantu rakyat negara melalui cabaran pandemik ketika ini.

Antara kelompok yang terlibat pada perolehan dana tersebut adalah kumpulan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang sudah pasti akan memiliki manfaat yang tinggi pada kenaikan tersebut.

Untuk makluman, setakat ini seramai 581,265 individu OKU telah berdaftar dibawah data JKM. Pihak berkuasa mengharapkan lebih ramai kelompok OKU yang tampil mendaftarkan diri supaya tiada yang tercicir berhubung penyaluran bantuan tersebut.