Artikel

Spekulasi Grab, Gojek – Bakal Bergabung Menjadi Satu Syarikat?

Terdapat khabar angin kini menyatakan dua syarikat gergasi ekonomi gig, Grab dan Gojek bakal temerai kerjasama gabunga.

Gabungan ini dikatakan bertujuan menjadikan kedua-dua entiti dapat disenaraikan secara terbuka.

Berdasarkan laporan Bloomberg, menerusi makluman sumber terdekat – perbincangan berkenaan gabungan dua perniagaan tersebut sedang dijalankan.

Apa yang lebih menyakinkan adalah perbincangan tersebut turut disertai oleh pelabur utama Grab, iaitu Masayoshi Son – SoftBank Group.┬áMeskipun kerjasama dilakukan, laporan mengatakan kedua-dua operasi kekal menjalankan perniagaan secara berasingan.

Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang maklum balas dilakukan oleh kedua pihak berhubung laporan tersebut.