Artikel

Sekiranya Pekerja Tiada Bukti Sokongan Pengurangan Gaji 30%, Maka Tidak Layak Mengeluarkan Dana Akaun 1 i-SINAR

Seperti yang dijanjikan Tengku Zafrul, Menteri Kewangan negara berhubung perincian kriteria pengeluaran dana Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), ini adalah ciri-cirinya.

Terdapat dua kategori iaitu pertama mereka yang layak adalah ahli yang bekerja di sektor formal, yang bekerja sendiri, yang bekerja di dalam sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, yang hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.

Kategori pertama seharusnya tidak melakukan sebarang caruman sekurang-kurangnya selama 2 bulan semasa permohonan ATAU mengalami pengurangan gaji pokok sekitar 30% dan keatas setelah Mac 2020.

Bagi kategori pertama tiada sebarang sokongan dokumen diperlukan, kelulusan akan diperolehi secara automatik berdasarkan data KWSP dan permohonan boleh dilakukan mulai 21 Disember 2020 ini.

Sementara itu, bagi kategori kedua pula untuk mereka yang masih bekerja, tetapi mengalami pengurangan gaji sebanyak 30% dan ke atas – ini termasuk pengurangan elaun atau sebarang pemotongan tuntutan kerja lebihan masa, selepas Mac 2020.

Namun kategori kedua memerlukan dokumen sokongan untuk mengesahkan perkara tersebut – iaitu slip gaji sebelum dan selepas pengurangan gaji, notis pemberhentian pekerjaan dan notis pemotongan elaun berkenaan pekerjaan.

Kategori kedua boleh dimohon mulai 11 Januari 2021 ini.

Untuk makluman, status permohonan akan mengambil masa sekitar 2 hingga 3 minggu setelah permohonan dilakukan. Ini adalah jumlah caruman yang boleh dilakukan berdasarkan baki akaun yang terdapat pada Akaun 1 KWSP:

Peringatan kepada semua pencarum, sekiranya pengguna mengambil insentif i-Sinar ini perlu menggantikannya semula – bermakna kemasukan caruman akan disalurkan 100% kepada Akaun 1. Langkah ini bagi mengantikan pengambilan amaun yang dilakukan.

Sehingga kadar tersebut telah berjaya digantikan – pecahan caruman akan dilakukan seperti biasa iaitu 70% pada Akaun 1 dan 30% pada Akaun 2.