Siapa sangka situasi pandemik COVID-19 ketika ini telah mempercepatkan lagi penerapan ekonomi digital ke atas operasi perniagaan tradisional.
Berdasarkan data UOB dan Bank Negara Malaysia (BNM), platform e-dagang pada 2019 telah menyumbang sekitar RM127 bilion iaitu sebanyak 8.4% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Menerusi catatan ini dijangkakan perbelanjaan pengguna akan terus menjadi pencetus kepada petumbuhan ekonomi negara dengan kadar 60% dari KDNK.
Menerusi kesempatan itu, Shopee melihat ini adalah suatu peluang yang baik untuk semua pihak memanfaatkan potensi yang sedia ada pada ekonomi digital khususnya kepada platform e-dagang.
Meskipun, sumbangan jualan atas talian pada jualan runcit secara keseluruhannya masih lagi kecil, tetapi ia tetap menyaksikan pertumbuhan yang kuat dan dapat dipertingkatkan.
Sehingga kini, lebih 1,000 syarikat perniagaan yang beroperasi secara fizikal telah melalui insentif Offline-To-Online bersama Shopee dan melancarkan kerjasama baharu bersempena Jualan Ulang Tahun 12.12.
Langkah itu bertujuan mengukuhkan lagi kedudukan mereka pada ekosistem perniagaan negara. Melalui panduan peralihan yang baik mereka mampu mengekalkan syarikat dikala keadaan ekonomi yang sukar ini.
Kerjasama ini akan menyaksikan Shopee menggunakan kelebihannya untuk berinteraksi dengan pengguna atas talian secara serta-merta dan menggalakkan pembelian produk, tawaran set menarik dan baucar tunai.
Menurut Ketua Pengurusan Peniaga Shopee Malaysia, Zed Li – selain peniaga, para pengguna juga dapat memainkan peranan mereka dengan mengekalkan aliran tunai yang lebih stabil bagi setiap pembelian yang dilakukan.
Tindakan itu bukan sahaja membantu aliran tunai, bahkan dapat meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi negara secara bersama.