Artikel

MyTax Mampu Tingkatkan Proses Kutipan Hasil Negara – LHDN

Pengenalan MyTax, platform Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kini dilihat mampu meningkatkan prestasi kutipan hasil negara.

Menurut Datuk Adenan Che Semail, Pengarah Jabatan Operasi Cukai – medium baharu ini membolehkan para pengguna mengakses keseluruhan perkhidmatan LHDN dibawah tampuk pimpinan yang sama.

Ini merangkumi perkhidmatan seperti status pembayaran semula, potongan cukai bulanan dan makluman terbaharu berhubung percukaian.

Bahkan, MyTax turut dikatakan dapat mengurangkan kadar ketirisan data pengguna.

Untuk maklumat lanjut, para pembayar cukai boleh layari pada pautan mytax.hasil.gov.my atau memuat turun aplikasi MyTax pada App Store dan Google Play.