Artikel

Sekitar 71% Rakyat Malaysia Berpendapat Isu Rasuah Dalam Kerajaan Perlu Diatasi – PAC

Rata-rata rakyat Malaysia pendapat isu rasuah dalam pentadbiran kerajaan adalah suatu masalah yang besar.

Kenyataan ini diperolehi berdasarkan laporan Barometer Rasuah Global Asia 2020. Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) kini memandang serius akan perkara ini dan kerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dilakukan untuk mengulas lanjut isu tersebut.

Menerusi angka 71% pendapat ini – secara tidak langsung memaparkan kewibaan integeriti tersebut telah mula goyah dan mengugat keyakinan rakyat Malaysia terhadap keupayaan pentadbiran awam negara.

Usaha membanteras isu rasuah ini perlu dilaksanakan bagi meningkatkan kembali kreadibiliti sektor awam.