Artikel

Bantuan Bulanan Harus Diberikan Kepada Rakyat Malaysia, Bukan Kebenaran Pengeluaran Akaun 1 KWSP – Laporan

Kerajaan Malaysia seharusnya memberi bantuan bulanan kepada rakyat negara, bantuan itu adalah tanggunjawab mereka.

Berdasarkan laporan TheMalaysiaInsight, Pakar Ekonomi Dr Muhammed Abdul Khalid mengatakan kerajaan wajar memberi elaun bulanan selama setahun kepada rakyat Malaysia.

Usaha itu telah dilakukan oleh Singapura dan Jepun. Tindakan tersebut dilihat lebih baik berbanding kebenaran pengeluaran dana Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang sedang dilakukan.

Jepun ketika ini telah menawarkan small microloan kepada rakyatnya – dan perkara itu dilihat membantu rakyat menangani isu tanggungan krisis.

Selain setiap rakyat negara turut dinasihatkan melakukan caruman kepada KWSP dan Socso – langkah itu bagi memberi jaminan masa hadapan kepada semua pihak sekiranya terdapat krisis baharu berlaku.

Cadangan elaun bulanan ini akan diberi tumpuan khusus kepada kelas B40 dan M40.