Ternyata rakyat Malaysia gemar menggunakan kad kredit dan dompet digital bagi pembayaran secara atas talian pada medium e-dagang.
Data berasaskan Zalora Southeast Asia Trender Report 2020 ini memaparkan pengguna Malaysia sekitar 41% (kad kredit), 37% (dompet digital) dan 2% (transaksi perbankan).
Makluman terbabit dilihat sedikit berbeza dengan Indonesia dan Filipina.
Di mana Indonesia gemar menggunakan transaksi perbankan (64%), kad kredit (17%) dan pembayaran ketika penghantaran (15%). Sementara itu, Filipina pula gemar menggunakan kaedah pembayaran ketika penghantaran (67%), kad kredit (26%) dan transaksi perbankan (3%).
Mengulas lanjut persoalan Rnggt berhubung inisiatif Zalora dalam memperkasakan kaedah pembayaran digital – pihaknya masih lagi sedang meneliti kaedah pembayaran digital terbaik untuk pengguna Asia Tenggara, bagaimanapun pelbagai kerjasama dengan syarikat pembayaran digital sedang diperkemaskan.
Selain Malaysia, penerapan pembayaran nirtunai ini telah mulai diterima oleh Indonesia dan Hong Kong.
Lebih menarik, pada sidang laporan tersebut juga turut memaparkan kumpulan wanita menyumbang 80% pembelian isi rumah dari lelaki pada pasaran Asia Tenggara. Rata-rata pengguna aktif yang menyumbang adalah berusia 26 tahun hingga 30 tahun dengan penglibatan 24% untuk pasaran Asia Tenggara.